top of page

Sehingga 30% diskaun untuk pelajar dengan Flysiswa dari MHexplorer

  • Writer: Arteffects Media
    Arteffects Media
  • Aug 17, 2023
  • 1 min read

FLYsiswa Malaysia Airlines
FLYsiswa dari Malaysia Airlines

Berita baik untuk mahasiswa - Malaysia Airlines Group (MAG) melancarkan program FLYsiswa MHexplorer yang membolehkan anda menikmati sehingga 30% diskaun untuk tiket penerbangan domestik di antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan bermula sekarang sehingga 30 Oktober 2023.


Program Flysiswa MHexplorer ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di universiti tempatan terpilih.


Berikut merupakan cara-cara untuk menebus boucer tiket penerbangan bernilai RM300 dan terbang bersama penerbangan MAG (Malaysia Airlines, FireFly dan MASwings)


  1. Pelajar yang layak boleh mendaftar melalui Flysiswa MHexplorer - sebuah program pelancongan yang direka khusus untuk individu berusia 13 sehingga 26 tahun.

  2. Selepas mendaftar, pelajar yang layak akan menerima kod boucer melalui emel, bersama-sama arahan lanjut untuk meneruskan tempahan melalui MHexplorer.


Bagaimana jika anda tidak layak untuk boucer Flysiswa MHexplorer?


Jangan risau, jika anda tidak layak untuk boucer Flysiswa MHexplorer , anda masih boleh membuat tempahan dengan harga diskaun.


Setelah anda mendaftar untuk menyertai program MHexplorer, anda boleh menikmati kelebihan sepanjang tahun yang ditawarkan oleh MHexplorer.


Daftar sekarang di www.malaysiaairlines.com/MHexplorer. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Apa kata NETI? Tuliskan diruangan komen, dan jangan lupa Follow NETI di semua media sosial.



Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page