5 lagi tempat wajib korang lawati
- Aizat Jaafar
- Sep 7, 2023
- 4 min read
Kadang-kadang buntu nak memilih tempat menarik untuk bercuti seisi keluarga kan? Ini 5 cadangan tambahan NETI untuk anda semua.
Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, menjadikan ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Terdiri daripada beberapa buah daerah yang berbeza, setiap daerah yang terdapat di negeri Selangor menawarkan sesuatu yang istimewa untuk dingati sesiapa sahaja yang menjadikannya destinasi pelancongan.
Nak tahu apa yang istimewanya tempat percutian ini? Teruskan membaca senarai 5 tempat paling menarik di Selangor dan sekitarnya, mana tahu, mungkin ada beberapa tempat yang menarik hati anda?
01. Perpustakaan Raja Tun Uda

Bagi yang ada anak kecil, lawatan ke perpustakaan ini pasti dapat melahirkan rasa cinta kepada buku dan perpustakaan. Ini kerana, zon khas untuk kanak-kanaknya dihias dengan cukup kreatif, penuh dengan warna-warni. Bukan bahagian kanak-kanak sahaja yang menarik di dalam bangunan 6 tingkat ni, tetapi juga keseluruhan perpustakaan ini yang berkonsepkan perpustakaan dalam taman ataupun “library in the park.”
“Membaca itu jambatan ilmu,” bagi yang ingin mengisi masa lapang dengan aktiviti yang dapat mengisi minda dan jiwa, bolehlah membuka langkah kaki untuk melawat Perpustakaan Raja Tun Uda.
Tingkat-tingkat perpustakaan ini juga memiliki temanya yang tersendiri. Antara tema yang diketengahkan adalah ‘angkasa lepas,’ ‘bumi,’ ‘lautan’ dan ‘manusia,’ menarik bukan? Kemudahan perpustakaan ultra-moden ini juga sangat luar biasa jika dibandingkan dengan perpustakaan lain.
Antara fasiliti unik yang ditawarkan adalah seperti teater 3D, teater ‘multi-sensory’ 6D, 3 buah gimnasium berbeza, Xbox Kinnect, teknologi ‘virtual reality’ (HTC Valve), kemudahan komputer (Windows dan Mac), permainan interaktif iStep / Ubiq dan banyak lagi.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan lain di Shah Alam seperti Shah Alam Lake Gardens dan juga Masjid Biru.
Waktu Operasi:
Isnin (10.00 am – 7.00 pm)
Selasa – Jumaat (9.30 am – 7.00 pm)
Hujung Minggu (9.30 am – 9.00 pm) (Sehingga pukul 7.00 pm untuk Creative Zone / Children’s Department)
02. Zoo Negara

Zoo Negara yang terletak di Jalan Ulu Kelang ini memiliki lebih daripada 400 spesis haiwan yang berbeza dan secara kesuluruhannya terdapat 5000 haiwan yang ditempatkan di zoo ini.
Zoo Negara dibahagikan kepada 16 bahagian yang berbeza iaitu taman reptilia, burung-burung tasik, tapir Malaya, gajah Malaysia, kompleks beruang dan lain-lain lagi.
Untuk memberikan anak-anak anda pengalaman yang menyeronokkan sewaktu ke Zoo Negara, anda boleh membawa mereka ke Children’s World yang menempatkan banyak haiwan comel seperti ayam, arnab dan itik yang dibiarkan bergerak bebas di kawasan taman.
Anak-anak juga dapat melihat hutan hujan mini yang direka lengkap dengan kandang kuda kecil, taman permainan dan kolam ikan. Mereka pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah di Dunia Kanak-kanak ini. Tambahan pula anda juga dapat menyertai program sukarelawan yang dijalankan oleh pihak Zoo.
Waktu Operasi: 09:00PM – 04:00PM
Harga Tiket: Dewasa RM45 | Kanak-kanak RM15
Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor
03. Muzium Sultan Alam Shah

Terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, adalah sebuah bangunan dengan reka bentuk unik seperti rumah tradisional Minangkabau, iaitu Muzium Sultan Alam Shah.
Muzium ini menjadi simbol kepada budaya dan pembangunan negeri Selangor. Dibina pada tahun 1974, muzium ini diberi nama Muzium Sultan Alam Shah sempena nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hisamuddin Alam shah.
Berkeluasan 135,000 kaki persegi, muzium ini menempatkan 5 dewan pameran dan juga sebuah pameran terbuka. Secara keseluruhannya, muzium ini memiliki 4,000 buah artifak yang terdiri daripada peninggalan pra-sejarah, artifak berkaitan budaya dan seni etnik di Selangor, koleksi berkaitan kedatangan serta perkembangan Islam di Selangor dan banyak lagi.
Selain ruang pameran, muzium ini turut lengkap dengan pelbagai lagi fasiliti lain seperti pusat sumber, auditorium, dewan, bilik mesyuarat dan sebagainya.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.30 am – 5.30 pm) | Isnin (Tutup)
Bayaran: Percuma
Alamat: Sultan Alam Shah Museum, Persiaran Bandaraya, 40000 Shah Alam, Selangor
04. Ostrich Wonderland Semenyih

Ingin memeriahkan hari anak kecil anda? Apa kata kalau anda sekeluarga menuju ke Ostrich Wonderland Semenyih. Di sini bukan setakat ada burung unta, tapi juga banyak lagi haiwan lain seperti ayam, angsa, keldai, ayam belanda, arnab dan sebagainya.
Semasa berada di sini, anda boleh mendengar penjelasan ringkas tentang burung unta dan juga dibawa mengunjungi pusat inkubasi telur burung unta.
Dah puas menghadam pelbagai info menarik dan melihat semua haiwan yang ada? Sebelum pulang jangan lupa untuk membeli daging frozen dan juga telur ayam atau burung unta yang dijual di sini. Bukan itu sahaja, buah-buahan dan susu kambing yang segar dari ladang juga turut ditawarkan.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (10.00 am – 6.00 pm) | Isnin (Tutup)
Bayaran:
Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10
Pony Ride: Dewasa RM8 | Kanak-Kanak RM5
Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
05. Kidzania

Alam dewasa bukanlah satu dunia yang mudah, banyak perkara yang perlu diambil kira, tak naklah anak-anak anda terkejut sangat bila dah sampai waktunya nanti kan. Jadi apa kata kalau anda bawa mereka ke Kidzania.
Sebuah dunia di mana anak-anak anda boleh memilih pekerjaan yang mereka ingin cuba seperti menjadi DJ radio, doktor, jururawat, pakar kecantikan, jurugambar dan banyak lagilah yang bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri dalam bersosial bersama kanak-kanak lain, malahan dapat mencungkil kreativiti dan kemampuan mereka untuk berfikir dengan kritikal.
Dalam dunia Kidzania, apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan akan diberikan gaji dalam matawang Kidzo yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli-belah atau berseronok dengan aktiviti lain yang terdapat di sini.
Anak-anak boleh belajar berjimat dan memahami kepentingan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Satu aktiviti menarik yang sangat bermanfaat bukan?
Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (10.00 am- 5.00 pm) | Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00 am – 7.00 pm) | Ramadhan (9.00 am – 4.00 pm) | Isnin Tutup
Bayaran Masuk (Walk-In): 0 -1 Tahun Percuma | 2 – 3 Tahun RM46 | 4 – 17 Tahun RM95 | 18 – 59 Tahun RM50 | 60+ RM38 | OKU RM38
Alamat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Apa kata NETI? ada ker yang dah pernah berkunujung ke tempat yang kami senaraikan di atas ni? cuba komen di sosial media kami dan jangan lupa follow !!
Comentários