top of page

5 tempat percutian wajib korang lawati cuti sekolah ni

  • Aizat Jaafar
  • Aug 28, 2023
  • 4 min read

Kadang-kadang buntu nak memilih tempat menarik untuk bercuti seisi keluarga kan? Ini 5 cadangan NETI untuk anda semua.


Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, menjadikan ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Terdiri daripada beberapa buah daerah yang berbeza, setiap daerah yang terdapat di negeri Selangor menawarkan sesuatu yang istimewa untuk dingati sesiapa sahaja yang menjadikannya destinasi pelancongan.

Nak tahu apa yang istimewanya tempat percutian ini? Teruskan membaca senarai 5 tempat paling menarik di Selangor dan sekitarnya, mana tahu, mungkin ada beberapa tempat yang menarik hati anda?

Farm in the City
Farm in the City

01. Farm In The City

Sukakan haiwan yang comel? Apa kata kalau anda membawa anak-anak ke Farm in the City. Mereka pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam zoo ini. Bukan setakat bermain dengan mereka, anda sekeluarga juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan-haiwan ini makan. Zoo ini dibahagikan kepada 11 habitat iaitu Turtle & Tortoise Farm, Pets Village, Rabbit Farm, Bird Aviary dan bermacam-macam lagi. Pasti anda terhibur melihat keletah haiwan-haiwan ini.


Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10:00am-6:00pm) | Sabtu & Ahad (09:30am-6:00pm)

Harga Tiket: Dewasa RM39 | Kanak-kanak RM32



02. Riverine Splash @ Amverton Cove

  Riverine Splash @ Amverton Cove beroperasi : Rabu – Isnin (10.00am-06.00pm)
Riverine Splash @ Amverton Cove beroperasi : Rabu – Isnin (10.00am-06.00pm)

Dengan hanya melihat gambar di atas, anda mesti tidak ragu-ragu untuk membawa keluarga bercuti di taman tema ini. Taman tema baharu Selangor yang terletak di Pulau Carey ini hanya berjarak 70 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Ia merupakan taman tema air terkini yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti serta bertemakan kebudayaan orang asli Mah Meri.

Riverine Splash memiliki 9 bahagian kolam yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Terdapat juga beberapa gelongsor besar di Boa & Anaconda Slide dan ia juga selamat digunakan oleh kanak-kanak dengan ketinggian lebih 90cm. Kanak-kanak juga boleh bermain di Kiddie Beats yang mempunyai gelongsor kecil, pancutan air, bucket fall dan banyak lagi. Jika anda mahukan aktiviti santai tanpa perlu berenang, bawa anak-anak anda jelajah taman air dengan pelampung di Rimba River. Hanya perlu duduk di atas pelampung dan arus air kolam akan bawa anda keliling taman tema. Selain itu, anda boleh merasai kesejukan limpahan air terjun di Batu Falls atau santai melayan ombak di The Wave Pool.

Riverine Splash juga menyediakan kemudahan lengkap seperti surau, tandas, tempat persalinan, laci simpanan dan kaunter sewaan pelampung. Jangan khuatir dengan aspek keselamatan kerana taman tema ini lengkap dengan bilik rawatan. Setelah penat bermandi-manda dan perut pula terasa lapar, anda boleh menjamu selera di Carey’s Shack Restaurant yang terletak di dalam taman tema ini.

Rancang percutian anda sekarang kerana bayaran yang dikenakan sangat berbaloi dan berpatutan. Jika anda menginap di Riverine Hotel & Suite, anda layak mendapat diskaun harga tiket yang lebih murah. Percutian ini juga akan memberi anda lebih banyak peluang untuk meneroka keunikan Pulau Carey.

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10.00am-06.00pm)

Harga Tiket: Dewasa RM58 | Kanak-kanak RM38

Alamat: PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia


3. Pantai Morib

Pantai Morib juga menyimpan sejarah sebagai kawasan pendaratan askar British sewaktu perang dunia ke-2.
Pantai Morib juga menyimpan sejarah sebagai kawasan pendaratan askar British sewaktu perang dunia ke-2.

Terletak di Kuala Langat, Pantai Morib merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

Lokasinya yang tidak jauh dari bandaraya menjadikan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar yang menderu-menderu di Pantai Morib.

Kalau anda berniat ke sini, anda boleh merancang beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, menjamu selera di kedai-kedai seafood yang terdapat di sekitar, dan juga memancing ikan pada waktu air surut.

Bukan itu sahaja, kalau anda nak tahu, Pantai Morib ini juga menyimpan sejarah yang mana ia menjadi kawasan pendaratan askar British sewaktu perang dunia ke-2 untuk menyerang tentera Jepun. Anda sekeluarga dapat melihat monumen kecil di tepi pantai ini yang menerangkan peristiwa bersejarah ini.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor



4. 99 Wonderland Park

Hanya 15km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, menjanjikan satu percutian keluarga yang interaktif
Hanya 15km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, menjanjikan satu percutian keluarga yang interaktif

Terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, taman rekreasi seluas 23 ekar ini menjanjikan satu percutian keluarga yang interaktif. Taman ini memiliki beberapa jenis haiwan liar, petting zoo dan tempat untuk bergambar!

Di sini anda boleh mengenal beberapa haiwan liar tempatan dan juga luar negara. Haiwan tempatan yang dipamerkan antaranya tapir malaya dan beruang matahari. Selain itu terdapat juga ladang rusa, burung unta, taman burung, burung merak, buaya tembaga dan ular. Bagi yang mempunyai anak kecil, arca gergasi dinosaur setinggi 3.5 meter pasti akan membuatkan mereka teruja.

Lanskap di sini juga sangat cantik dengan Magical Bridge, Broadwalk, 2 Colourful Water Fountains, Golden Waterfall, 12 zodiac Walkway dan Sky Fountain with Koi Fish. Anda disarankan untuk datang pada waktu malam kerana taman ini akan dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu LED yang sangat cantik. Bolehlah anda abadikan gambar kenangan atau OOTD di sini.

Taman ini juga menawarkan perkhidmatan bot pelayaran yang boleh memuatkan 26 penumpang dalam satu masa. Bot ini akan menyusuri tasik disekeliling habitat yang terdapat di sini.

Untuk sampai ke sini juga mudah. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda perlu melalui Jalan Kuching menghala ke Rawang. Masuk susur sebelah kiri selepas papan tanda 99 Wonderland Park. Dari arah utara pula (Rawang), anda perlu melalui jejambat menuju terus ke taman rekreasi ini.

Baca Review Penuh: 99 Wonderland Park

Harga Tiket:

  • Dewasa (12 – 59 tahun): RM30

  • Kanak-kanak: RM18

  • Warga Emas: RM18

  • Dewasa (OKU): RM18

  • Kanak-kanak (OKU): RM9

*Harga tiket berbeza mengikut hari dan sesi. Amaun yang dipamer di bawah merupakan harga paling minimum. Anda disaran menempah tiket di laman web 99 Wonderland Park.

Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor


5. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara dibuka pada tahun 1996 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.
Pusat Sains Negara dibuka pada tahun 1996 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.

Pusat Sains Negara ini dibuka pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pameran sains di sini dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza mengikut tema.

Konsep yang digunakan di Pusat Sains Negara adalah untuk menghubungkan penemuan saintifik dengan alam sekitar, nilai-nilai agama, ilmu dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia.

Bagi anda yang tak begitu meminati subjek sains pun pasti akan teruja dengan cara-cara info sains dan teknologi disampaikan kepada pelawat di pusat sains ini yang penuh dengan kreativiti.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 5.00pm)

Harga Tiket: Dewasa: RM6 | Kanak-Kanak: RM3 | OKU: Percuma

Alamat: National Science Centre, Ministry of Science, Technology and Innovation, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur


Apa Kata NETI? kalau korang ada lagi idea dan cadangan tempat-tempat menarik boleh la kongsikan dengan kami dan jangan lupa follow semua sosial media kami😍




Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page